Sekitar Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge:PUCHONG 260709
Gambar beramai2 memaparkan hasil solekan masing2 yang vogue!!!
Teknik Solekan mata yg tepat menghasilkan solekan yg cantik!!!
Assalamualaikum semua...
Lynnda kembali lagi dengan beberapa isu menarik untuk dipaparkan.
Jutaan terima kasih di atas kahadiran anda semua pada Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge yg telah diadakan pada 26 Julai yang lepas. Sangat meriah dan best. Kali ini ramai yang datang dari jauh. Ada yang dari Melaka dan juga Perak. Sanggup bersesat-sesat demi mencari ilmu. Kehadiran anda amat Lynnda hargai.
Di sini Lynnda sertakan satu keping gambar dulu. Lynnda akan upload satu persatu nanti serta emailkan kepada anda semua seperti yg telah dijanjikan.
Apa yang Lynnda tak dapat lupakan sangat ialah, para peserta kali ini semuanya GILA POSING!!! Di mana ada kamera, di situ ada yang menonjolkan muka. Almaklumlah, wajah masing2 telah berjaya disolek sendiri. Siapa tak bangga! Lynnda pun tumpang bangga kerana segala tips dan panduan yang Lynnda dan Azza kongsi telah dapat membantu para peserta mencapai impian untuk berjaya menyolek wajah sendiri.
Tersenyum-senyum sendiri saat Lynnda membelek2 dan memilih gambar utk dimuatkan dalam ruangan ini. Sabar yer. Pelan pelan Lynnda kongsikan.
Buat masa ini, terimalah model-model sporting yang telah berjaya mencapai impian masing2. Mak Buyung pun tak nak kalah... ni mesti pembawakan budak nih.. pasti nanti tak ter challenge si ibu kalau anaknya gemar posing nanti.
Jangan tak percaya. Boleh mekap sendiri! Buktikan kepada diri sendiri! Inilah buktinya!